Saturday, December 29, 2012

Denggi

Bismillah

Alhamdulillah. Pengalaman kena denggi diakhir bulan December 2012 memang menguji kesabaran dan kekuatan mental. Klau nk kata sakit kena cucuk jarum tu memang terasa sampai sekarang. Alhamdulillah, dapat discharge hari ini gak sebab aku ckp ngn doctor yg rawat aku

Saya rela minum air 4 liter sehari dari doctor cucuk jarum kt tgn saya and msok air 500ml.




Haa, siap pakai jaket Herbalife dari Macau lgi. Lepas masuk air tu, doctor tu check suhu badan, tekak, badan dan mata. Doctor tu ckp denggi aku ni boleh baik dengan cara minum air and makan ubat je. And kami sembang skit kt dlm tu, doctor tu ckp

Awk consume Herbalife kan? Mcm mana boleh kena denggi?

To be honest, Herbalife bukan sesuatu yg immortal  bagi pengguna. Bak kata Pali, org minum Herbalife pon boleh mati klau dah sampai ajal. Cuma kita je pilih sama ada nk pergi mengadap Allah dalam keadaan tubuh badan yg sempurna atau salah satu anggota badan kita tiada.

Menjawab persoalan tu, aku tnya doctor tu balik

U pernah demam? U kan doctor, mcm mana boleh demam?

Jadi kat sini, ajal dan jodoh, semua rahsia Allah. Kita x boleh cepat melatah dan jgn sesekali merungut. Perlu ada usaha, usaha dan usaha. Diikuti Doa dan tawakal. So bila balik rumah je, aku continue minum air dan aloe dan tea dan shake.
Ape2 pon, doakan saya cepat sembuh! Tenks!

Wednesday, December 26, 2012

Kuih Ketayap a.k.a Crepe

Bismillah

Rata-rata kalau aku bukak fb, mesti ada yg tayang crepe durian. Wuuuuuu. Doyan tuuu. Memang aku x makan doyan dari kecik lagi. Bukan sebab aku org Key L, cewah. Poyo jerk! Bagi aku, doyan memang king of the fruit. Bukan sebab tekstur buah tu yg ganas, tpi keharuman buah tu memang semerbak. SubhanAllah! Hewhewhew. Sgt luar biasa ciptaan Allah utk kita kan?

Alhamdulillah dgn adanya buah doyan ni, kita sbgai hamba Allah punya akal utk marketing-kan org ramai makan doyan. Dengan akal yg terbatas, maka tercipta la kuih ketayap inti cream and doyan!!!! Or known as Durian Crepe (^___^)v

Dengan berpegangkan prinsip Malaysia BOLEH, maka kita olah resepi asal kuih ketayap kepada crepe modern. Hoooyeeehhh! I like it very much! So creamy and soooo fatty bebeh. Crepe nih dah jadi kegilaan ramai yg sedang melanda remaja dan juga segolongan senior citizen. Dari kuih ketayap yg berinti sira kelapa (3 biji RM1), sudah pon melalui fasa transformasi

On top of that, aku plak dulunya memang x bape minat makan kuih  ketayap, apatah lagi crepe durian. So bila tgk member2 Herbalife mkn crepe doyan, memang tertelan air liur beb! Tpi bila aku nk try msok mulut, bau doyan tu dah terjah lubang idung aku. Dgn sepantas kilat isyarat dihantar dari otak ke tangan utk menolak crepe itu. How sad. (=___=")

Namun, aku jumpe penyelesaiannya!! Ada sorg usahawanita ni buat crepe buah-buahan like stroberi, anggur, kiwi, oreo and peaches! Pucuk dicita ulam mendatang laa beb. Aku teros beli crepe perisa oreo lagi kau. Fuhhhhhh! Memang sedapp giler laa beb! Menjilat jari mkn crepe ni.

And hari ni, aku decided nk buat sendiri crepe. So sesiapa yg nak tau resepi Kuih Ketayap Modern versi Hazlina Halip, moh scroll lagi ke bawah yop.


Bahan2 Kulit Ketayap:

250gm tepung gandum
500ml santan kotak
3 biji telur
Pewarna
 
Cara2:
 
1) Campur kesemua bahan2 tu dlm blender and blend smpai hancur
2) Tapis guna penapis adunan tu supaya smooth like silky
3) Sediakan kuali leper dan oleskan dgn butter
4) Bila dah betul2 panas, kecikkan api and letak 1 senduk adunan. Ratakan bior nipis. Xperlu terbalikkan
5) Buat smpi adunan abih dan biarkan sejuk.
 
Bahan2 filling:
 
1) 200ml whipped cream.
2) 250ml cream cheese
3) Oreo
4) Vanilla essence 
5) 3 sudu teh gula kastor
*klau tgk kt gmbr tu, aku memang da siapkan filling awal2 and simpan dlm fridge.
 
 Bentangkan kulit ketayap yg x bape cantik di belah atas.

Paip kan cream dan letak oreo

 Pastu paip kan lagi cream utk lebih creamy!
 
Lipat and taadaaaa! Gebu and menyelerakan!!!!

Teramatlaaaahhh sedap ketayap modern ni. Tapi jgn lupa, bagi mereka yg on program, this dessert shud be away from u. And for those yg dah maintain berat like me, boleh je makan ketayap ni and make sure mlm before tidor, minum NW formula okeh! Selamat mencuba!!!
 

Thursday, December 6, 2012

Amalan Diet Yang Berkesan

Bismillah

Sekali lagi aku menulis tentang tips nk turun berat badan. Entah kenapa, roadshow ngn Bard, Ira n Hanif kat LRT Wangsa Maju every morning, kami byk jumpa orang yg salah faham tentang diet. Maka, adalah tugas kami utk laksanakan misi Mark Hughes.

Semalam kami baru sempat bersembang pasal testimoni msing2. Sharing la testimoni masing-masing and mostly tips yg kami amalkan hampir sama je. Yg mengejutkan Bard bila dia ingat aku ni amik gain weight program sebab dia nampak aku mcm amik program tu. Ira pula ckp dia nk capai shape bdn cam aku. So few tips aku bagi kat dia la.

Motivasi

Pertama sekali perlu set minda utk sentiasa bermotivasi and bersemangat! Harus tekad utk turun berat badan secara sihat. Jiwa kena kental beb. Hal ini kerana byk syaitan2 diluar sana yg sentiasa berbisik kepada anda utk langgar program turun berat. Apa pon yg terjadi, harus sentiasa kental and selalu ingat pada target atau mission anda


Makanan Yang Penuh Nutrisi

Kalau tengok piramid makanan tu, sampai sekarang pon aku susah nak ikot. Jujur aku katakan, nk follow exactly apa yg terkandung dlm piramid tu, memang dalam alam maya jelaa. Bagi mereka yg mengalami kesukaran utk follow piramid makanan, meh aku ajar cara simple.


Okey  ini gambar shake tahun lepas. Time ni la aku bersemangat gila2 nak turun berat ni. Coach ajar sekali je, and aku follow baik2. Dalam shapeworks tu dah lengkap 1 piramid makanan. Haaa!! Percaya?? Kena percaya. Kalau x percaya, kena cuba.

JANGAN skip breakfast!!! Jangan sesekali tinggalkan breakfast. Saranan aku, amik shake sebagai Healthy Breakfast. Low in calorie, loaded with nutritious and vitamins in one serving. Hebat kan? Senang giler utk step yg pertama. While during lunch, makan nasi sebesar penumbuk hangpa ja. Bykkn sayur, dan 1 hidangan healthy protien. Dan utk dinner, amik balik shake!

Air yg cukup

Of coz air amat2 diperlukan oleh badan kita termasuk organ2. Setiap 25kg berat badan, anda harus amik 1 liter air. So klau berat badan anda 90kg, bermaksud setiap hari anda harus amik hampir 4 liter air masak. Kenapa kena minum air? Sebab nk flush melancarkan system dlm badan yg dah terima mknan yg hangpa sumbat dlm perot. Ibarat camni, pas hangpa buat "bisnes" dalam toilet, korang tarik flush kan? Kalau x...... Ewwwwwwww!!!!!


Senaman

Biasanya, aku lebih suka galakan activity berjalan sebyk 20000 langkah sehari. Xperlu bagai nk pergi gym, angkat berat segala. Relax2 jln sudah. Jogging pon boleh tpi awas! Anda mungkin x bakar fat tapi anda sedang membakar glukosa.

Macam mne nk tau fat or glukosa yg terbakar??

Senang je. Pas jogging, klau korang rasa lapar tahap gigil2, tu maksudnya glukosa yg terbakar. Bkn fat. Sebab tu kdg2 ada org exercise bagai nk rak, last2 x turun berat. Hampeh...

MITOS!!!

-Makanan karbo penyebab gemok??
-Certain people, TAKOOOOTT nk makan karbo a.k.a NASI, nanti xleh turun berat.
-Minum air byk nanti GEMOK AIRR!
-Makan kuih is better kalau lapar sgt

Breath everybody! Relax. Itu semua mitos belaka. Atau senang citer, org yg cetek ilmu. Kadang sedey baca blogger yg buat mitos ni. Bkn apa, setiap yg kita tulis ni, biarlah boleh memberi manfaat pada masyarakat. Ilmu tu biar betul. Sebab tu, lecturer research aku bgi amaran KERAS pada students yg amik article dari blog. Dikhuatiri kesahihannya.

Ok, back to first and 2nd myths. Ape salah karbo sampai korang fitnah gitu skali? Fungsi karbo adalah membekalkan tenaga. Tenaga digunakan utk bakar lemak. Klau xde tenaga, mcm mne nk bakar lemak??

Apa yg aku belajar mengenai nasi ni adalah ianya satu karbo ringkas yg mudah terurai dan senang hadam. Dan ianya xde lemak pon. Nampak x? So skang ni, jgn takot amik nasi time lunch. Elakkan mkn kuih muih semasa diet. Klau lapar sesangat, minum teamix herbalife. Teamix ni boleh curb hunger.

Dan amalkan minum air masak secukupnya. TAK ada istilah gemok air. Yg ada ialah WATER RETENTION. Water retention adalah disebabkan tubuh badan gagal mengeluarkan air dalam sel badan kerana 2 sebab. Pertama, kandungan garam yg tinggi. Kedua, mineral dalam badan terlalu byk. Anyway, im not sure about this. Better buat further research oke?





Ni link utk mereka yg nak semak calorie intake per day. Stay healthy. Be smart!

Monday, December 3, 2012

Wabak kencing tikus

Bismillah

Baru 4 hari lepas, aku ziarah member yg sedang nazak (CCU) kat spital. Dapat tgk dari luar cermin je. Mula-mula mcm x percaya sebab dia sihat walafiat je. Jadi, utk confirmation, aku tnya parents dia apa punca dia dimasukkan ke CCU. Melihatkan muka parents dia, x sampi ati pulak aku nk tanya. Sedih kot. Huhuhu. Anyway, aku tanya jgk at the end. (^__^)

Menurut si ibu, dia terkena virus kencing tikus. Doctor mengesahkan virus tu merebak melalui makanan yg dia mkn. And siasat punya siasat, before dia sakit, tempat last yg dia mkn was around damansara. Kita x sure lagi sebab nk tnya tuan punye badan xleh. Tgh koma. So hanya andaian Detective Conan Edogawa sahaja boleh dibuat.

Anyway, balik dari ziarah pesakit, aku google kt tenet apa menda virus ni? Kenapa sampai boleh membuatkan si pesakit koma?

Hasil dari pembacaan aku, kencing tikus atau bahasa scientific LEPTOSPIROSIS ianya berpunca dari tikus2 ni x pegi sekolah! Sebab tu kencing bersepah (o___O").

Antara cara penyebaran penyakit ini adalah:

1) Air - Jangan simply pergi berkelah or mandi manda di water park or sungai2 buat masa sekarang ni. Memandangkan tikus2 ni xde toilet, maka tempat2 sedemikian adalah toilet bagi mereka. Longkang2 yg bertakung air pon dah bleh kira toilet depa dah.

Lagi satu, elakkan beli minuman yg terdedah. Klau bleh, mnum air mineral yg korang bwk dari umah je. Jimat pon jimat kan?? Klau yg ada Herbal Aloe, haa, cmpurkan dlm minuman. Kurang2 aloevera herbalife ada pre-biotik.


2) Terdedah - Peralatan seperti kuali, sudu, garfu, pisau, periuk, sudip, senduk atau ape2 peralatan memasak, haruslah disimpan rapi. Ini peringatan pada pemilik2 gerai makan agar sentiasa memastikan cooking utensils berada dlm keadaan bersih.

Ataupon, time lunch, minum je shake herbalife. Yg mana duk umah sewa, klau boleh, msk la sendri. Sekurang-kurangnya bersih. Paling teruk pon x sedap. At least korang rase yakin selamat.


3) Kebersihan - Lately ni hujan akan turun every evening and sure lebat. Dan ada certain area yg akan banjir. Jadi, elakkan bermain air yg bertakung atau lecak. Ini kerana para tikus ni akan merayap2 mencari makanan. Tetiba xtahan nk kencing, maka dia pon kencing bersepah-sepah. Klau ada air yg bertakung, cuba elakkan.

Sayur-sayuran atau tanam-tanaman yg dibeli dari pasar pon kena berjaga-jaga. Bkn la tikus nk kencing atas tu, tapi tikus lalu. Berjalan2 ditanaman anda. Makan angin ke. Sape tau.

Jadi secara kesimpulan, anda perlu berhati-hati. Walaupon bulan cuti sekolah, maka jgn jadikan percutian anda satu mimpi ngeri. Apa2 pon, kita boleh berdoa kat Allah setelah berusaha utk diberi perlindungan dari wabak penyakit yg sedang melanda negara. Amalkan gaya hidup sihat dan jaga kebersihan utk kesejahteraan hidup. 

Thursday, November 29, 2012

Mukmin yg Kuat!

Bismillah

Pernah dengar lagu Raihan tajuk Demi Masa. Ini liriknya

Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh
Disebalik lagu ni, ada mesej yg nak disampaikan sebenarnya. Jika kita tafsir setiap perenggan yg ada tu, lagu tu memberi kita keinsafan dan mengingatkan kita utk sentiasa bersyukur. Dekat sini, aku bkn nk kupas maksud lirik tu, tpi nk share sedikit ilmu yg aku baru dapat.
Kenapa kita disuruh beringat sebelum terkena? Ada pepatah melayu kata Sediakan payung sebelum hujan. 
1) Sihat Sebelum Sakit
     Kita sebagai umat Islam, amat dituntut utk menjaga kesihatan. Kesihatan merangkumi keseluruhan anggota badan. Apakah faktor UTAMA yg mempengaruhi kesihatan kita???

Jawapannya adalah makanan. Yes bebeh, FOODS. We are what we eat. Sebagai mukmin, hendaklah kita memandang berat tentang apa yg kita suap kedalam badan kita sebagaimana dalam al-quran, Firman Allah yg bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, 
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, 
kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
(Surah al-baqarah: 168)

Jika kita lihat masyarakat sekarang terutama di Malaysia. Mereka lebih memahami unsur halal sahaja sedangkan Allah menyuruh kita ambil kedua-duanya, Halal LAGI Baik. Sebagai contoh, kebanyakan org especially time dinner la. Kekadang aku dinner kat luar ngn family. Apa yg membuatkan aku tertarik dgn budaya makan org Malaysia adalah the variety of foodssssssssssssssssss!

Nyum3. Tapi, tak ramai yg ambil berat tentang kebaikan makanan yg kita suap dlm mulut. Contohnya, adakah kita kira berapa byk nutrients terkandung dlm mknn? Dan yg lebih teruk, jika kita cetek ilmu ttg pemakanan yg diamalkn Rasullullah

Nabi cakap, jgn campurkan mknan darat dan laut. Meaning, jgn mkn daging with sotong. Udang with ayam. Atau tomyam campur. Kandungan makanan darat dan laut sgt3 berbeza dari segi ion. Bila dua ion bercampur dlm usus, tu yg buat kita sakit perot, kembung perut, atau perut bunchit!!

Pernah kita bertanya pada pemilik gerai makan,

Kalau saya makan tomyam campur, ada apa2 effect x?

Hohohoh!! Berani kahh?? Confirm TAK ADA org yg PERNAH tanya. Mengapa kita tak pernah ajukan soalan ini pada mereka? Dan klau ada apa2 effect, ada mereka kisah?

Hatta, kita perlu jadi bijak dalam menilai sesuatu berlandaskan al-quran dan sunnah. Bila penyakit sampai, maka kita akan jdi mukmin yg LEMAH! Nak beribadat pon xlarat. Kene pakai kerusi sedangkan umur bru 35tahun. Yes, mmg islam ada RUKHSAH solat, tapi mengapa kita perlu guna RUKHSAH solat sedangkan kita boleh atasinya??

Aku nk bgi sepotong hadith nabi:

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas;      (Hadith riwayat Muslim)


Jadilah mukmin yg kuat diatas muka bumi ini kerana Allah. Tak salah nak Gemuk, tpi tepuk perut, cek lemak. Klau lemak diperut menyebabkan anda rasa malas nk beribadat, back to al-quran dan sunnah. Cari penyelesaian yg boleh merubah hidup anda!
 
p/s: Bdk kecik ni nama Irfan. Dia minum Herbalife sejak berusia 2 bulan. 

Wednesday, November 21, 2012

Tips hilangkan parut demam campak

Bismillah

Semalam, aku dtg Herbalife (level 3) utk support kawan aku yg on going for her final cut Press Team. Dgr MOJ ckp dari Los Angles tros ke Malaysia. Fuhhh! MOJ adalah CEO Herbalife yg sgt caring pada pekerja dan pengedar dia diseluruh dunia. Tak kisah korang dinegara mana skali pon, once dapat promotion ke Press, pasti dia akan call utk encouragement. Such a lovely boss!

Anyway, semalam sementara tunggu utk masuk office GM, aku chatting dgn sorg gal ni. Dah lama x jumpa dia akibat dia menyepi seketika. Chatting and chatting, tetiba dia ckp.....

Akak, last month (october) Ira kene demam campak. Habis terukk muka Ira, kak.


Sadisss giler dgr cerita dia. Tu muka dia time kena demam campak. Adoiiii. Org tua2 ckp, klau dah besar2 kena demam campak, MESTI ada PARUTTTT. Fuhhh. Seram kottt. Parut di MUKA!!!

Bohong la klau ada gadis yg x kisah ada parut campak kat muka. Ada ke yg x kisah?? Kalau ada, esok insyaAllah kena demam campak. Cewahh. Tade laa. Gurau jeeee. TOuch wood cpt2.

Aku tanya apa yg ira buat sepanjang kene demam campak tu. Simple je jawapan dia. 

Ira minum aloevera byk2. Shake pon byk kali

Bagi sesiapa yg masih belom tahu dan belom pernah tgk aloevera, datang la Herbalife Customer Day ahad ini. Serius aloe ni memang sgt bagus utk mencuci. Segala kekotoran dia cuci sampai chicken pop Ira pon habis dicuci. 


Haaa hamek kau. Senyum bkn main lebar lagi! Ni gambar yg aku snap time di Herbalife office level 3. Semalam je aku snap. Cube korang bygkan, dia kena chicken pop bulan 10, middle of November muka da licin balik. FUHHHH!!! Harus diingatkan disini, Ira TAK PAKAI sebarang foundation time ni. 




Dekat sini aku sgt2 menegaskan bahawa kulit kita mengandungi BERJUTA-JUTA sel yg perlu diberi tumpuan. Jika dilihat masalah Ira tadi, penyakit chicken pop berlaku dari DALAM badan dan terzahir diluar kulit. Dan bila kita jumpa doctor, of coz doctor akan bgi cream utk disapu di LUAR kulit sahaja.

Kenapa kat luar? Bukan kah penyakit tu bermula dari dalam?

Kalau dalam peperangan sekali pon, utk menewaskan sekumpulan musuh, kita kena musnahkan ketua dia dulu. Baru bala tentera yg lain turut surrender. Sama la jugak dengan penyakit. Punca segala penyakit bermula dari perut. Apa yg kita masukkan dalam perut boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita.

So, betul la apa yg Ira buat. Dia ambil aloe and shake sekerap yg mungkin dalam sehari semata mata utk membaiki sel-sel yg sedang sakit. Secara tak langsung, proces pembaharuan sel pon terbentuk. Dan resultnya, kulit muka Ira tidak ada sebarang PARUT pon di muka.

Hebat kan? Alhamdulillah. Apa2 pon, setiap sakit yg Allah datangkan pada manusia adalah utk memberi peringatan pada hambaNya supaya kita sentiasa dekatkan diri pada Allah. Kita semua kena SAYANG Allah sebagaimana Allah sayang pada hambaNya.

Thursday, November 15, 2012

Hargai rambut anda

Bismillah

Nak dijadikan cerita, bulan ni aku decided nk trim rambut kt bhgn bwh2 je sbb nmpk mcm da agak rapuh dihujung tu. Blom msuk stage bercabang lagi. Hampir 2 tahun maintain rmbut pnjang and i am really taking good care of my hair terutama bhgian hujung rambut. Well, bak kata tag line shampoo jenama Pantene, Keserian Terserlah. 


Rambut adalah sebahagian dari aset yg berharga buat semua wanita. Aku ulang sekali lagi ye. Aset yg berharga buat semua wanita. Tak kisah lah yg bertudung atau tak, penjagaan rambut sgt3 penting. Terutama yg memakai tudung. Owh plis la yg pkai tudung. Jgn la smpi org sblh bleh bau anak tudung korang yg dah 3 bulan x basuh. (=___=")

Kebersihan itu melambangkan peribadi seseorang terutama MUSLIM.

Ok, back to my story. Sebenarnya da lama aku nk trim hujung rambut ni tpi keputusan blom lagi dicapai until today. Bkn ape, aku btol2 mencari hair stylist yg mempunyai ciri2 berikut:

ISLAM

SALON KHAS UTK MUSLIMAT

TIADA PINTU LUTSINAR YG BOLEH DILIHAT ORG DARI LUAR

ADA PENGALAMAN (tapi bkn org tua)

However......

Point yg paling last ni ssh nk dpt. Lastly, aku pegi gak laa kedai yg mama aku syorkan . As usual, duduk atas kerusi tros ckp trim rmbut bhgn bwh and sedikit layer. 

Respond akak tu was ok. Siap puji lagi rambut den sihat. So aku pon ade sedikit confident utk mmbiarkan hair stylist ini melakukan kerja dia. 





Bila dia start selak2 rambut, aku da cuak!!!! Apehal, kan aku suh trim je. Xperlu selak2 rambut. Tpi aku positif lagi. Maybe nk mudahkan dia. Sekali hamekkk kau!! Kene potong bnykkkk gilerrr!!!! Time tu aku sgt3 terkaku. Sedih bagai beb!!!

Arghhhhhh!! Rase nk nangis with the result. Now i understand the feeling of certain gal who crying looking at her hair was cut into short! 

Anyway. Just be positif. Bak kata mama aku,

Ape susah, minum je shake byk2. Nnt cepat la tumbuh rambut tu. Hahaha

Sgt pandai pujuk. Walaupon mama rase bersalah sbb syorkan salon tu.

Monday, October 29, 2012

Turun Berat Badan dan MENANG!!

Bismillah

GOOD NEWS to everyone who is reading this entry! Dush dush dush (bunga api). Okay, enough with the welcoming sound effect. Talk less read more.

Sebagai seorang jurulatih kesihatan profesional dan terlatih, kini saya mengadakan pertandingan khusus buat pembaca yang ingin BUANG LEMAK dan DAPAT DUIT!!!!! Click sini utk lihat bagaimana kami meraikan kesemua peserta yg menyertai Weight Loss Challenge (WLC).




Penyertaan terbuka dari 1 NOVEMBER - 11 NOVEMBER 2012. 

Hantar penyertaan anda sekarang!!
Contact 012-6901458 for more details!

Monday, October 22, 2012

Adakah kesihatan itu satu PELABURAN atau PERBELANJAAN?

Bismillah

Baru-baru ni terbaca banyak sangat artikel tentang kesihatan. Kebanyakan wanita atau lelaki diluar sana terlepas pandang akan satu perkara yang bagi saya SUPER IMPORTANT iaitu

Kecantikan Dalaman Melahirkan Penampilan Luaran

Pernah dengar pasal inner nutrition? Yes some people really take this matter seriously yet certain people putting this matter very lightly. Inner nutrition adalah nutrisi dalaman dimana kita sebagai manusia mengambil makanan yg complete nutrients and vitamins yg diperlukan oleh berjuta-juta sel dalam badan kita.

Jika dilihat disini, secara fakta, tubuh badan kita terdiri daripada sel-sel yang membentuk tisu. Kemudian tisu membentuk organ dan akhirnya organ membentuk tubuh badan yg sihat. 

Sel > Tisu > Organ > Tubuh Manusia


Well, tak dinafikan ramai wanita out there sangat2 mementingkan kecantikan rupa paras luaran jika dibandingkan dgn rupa organ dalaman. Ok xdelah nk salahkan org yg pakai make up tebal 5 inch tu. They look good apparently yet make up hnya lah topeng luaran semata-mata. 

Yes! Anda boleh tipu org lain yg melihat anda cantik dgn timbunan make up pada muka, tpi hakikatnya anda tidak boleh meniupu diri sendiri. Disaat anda jatuh sakit, itu lahh rupa sebenar anda. Time tu juga la baru la make up sumer letak tepi. Segala perbelanjaan make up yg dulunya sgt3 diberi keutamaan kini berubah kepada perbelanjaan utk membeli ubat.

Sebut mengenai perbelanjaan, adakah anda seorg yg menanggap Kesihatan itu satu INVESTMENT atau PERBELANJAAN?

Rata-rata rakyat tempatan memandang enteng soal kesihatan. Malah ada yg mengaggap kesihatan boleh ditangguh. Fuhhhh. Adakah kesihatan sesuatu yg boleh dibelanjakan atau boleh ditangguhkan? Tepuk dada tnya iman.

Baru2 ni dlm tv program Safiyyah ada memaparkan segmen kecantikan. Aku sgt2 setuju bila one of the respondent ckp kecantikan luaran berasal dari kecantikan dalaman. Pemakanan yg cukup nutrients dan mengamalkan gaya hidup yg sihat adalah salah satu rahsia utk kekal cantik terutama bila kita bergelar isteri.

Anyway, ianya berbalik kepada diri sendiri. Selagi tiada kesedaran, bgi ceramah 240jam pon belom tentu terbuka ati. Tetapi klau dah ada kesedaran dari dalam diri, x perlu paksa pon dah tau apa perlu buat. Berfikir terlalu lama pon x jadi pape tapi bertindak mampu mengubah keadaan.

Jom Berhijrah Kearah Yg Lebih Baik!

Wednesday, October 3, 2012

Tips baiki kulit merekah

Bismillah

Have You Had Your Strawberry Shake Today?

Haa! Addict to stoberi la pulak lately ni. Actually bkn addict sgt pon tpi I MUST take stoberi shake for 2 weeks.

Why stoberi?
Why 2 weeks?
Why NOW??

Here is WHY..

Kulit Muka Mengelupas After Balik Dari Hong Kong & Macau

Of coz kat Hong Kong mmg cuaca PANAS dan KERING. Even da pkai sunblok spf39 skali pon, yet u will have sunburned. Due to that, sepanjang aku di sana, of coz aku bwk shake stoberi sbb b4 aku pergi ke sesebuah negara, aku buat research ttg weather. And i noticed September is SUMMER time. Cut it short, dari sana lagi aku da start protect kulit muka dari DALAMAN lagi. Mnom shake stoberi every morning dah cukup utk protect sedikit sebanyak kulit aku dari teros rosak.

Sampai saja malaysia, aku rindu pada moisturising mask, skin activator products yg aku beli utk mama aku. Alhamdulillah, consistent mnom Herbalife stoberi shake for 10 days, dan merajinkan diri pkai segala outer product at nite, the result is SUPERB! Sekali lagi aku ulang, aku membaiki tona kulit dan kulit muka yg hancur ni. BKN MELAKUKAN process pemutihan kulit.

 Bagi siapa x tau, ini lah moisturising mask


Set skin activator. Obviously, ianya bgos utk wanita berusia 35 tahun keatas. Tp, kulit aku pon da mcm org 70 tahun after balik macau, mmg wajib pakai laaa..

I can't imagine org2 yg suka travel and balik Mesia je, kulit mesti jadi ntah pape. Syukur ada Herbalife. Alhamdulillah..

JOM BAIKI KULIT
SEKARANG!!

012-6901458

Tuesday, September 25, 2012

Trip to Hong Kong & Macau

Bismillah

Hewhewhew..

X cukup nafas dah nk cerita panjang journey aku di Hong Kong n Macau. Secara keseluruhan, aku berada di Hong Kong & Macau ialah 5 hari. What a wonderful journey to me at this early age. Yela, mostly remaja2 yg sebaya ngn aku akan melancong luar negara bersama family (mak n ayah). Paling jauh pon pergi bercuti ngn member2 mesti Singapore atau Indonesia atau Korea. Tak kisah la kat mana pon pergi bercuti, tpi asalkan bercuti ngn bff, percutian tu mesti jauh2 lebih seronok and memorable in your life time.

This time, aku pergi percutian smbil belajar bersama-sama dgn kwn2 yg soooo friendly. Xmau byk ckp but let this picture tells you the story.

 
 See! Ni ain usoff. Dia ni suka ikot travel dgn Herbalifers. 


Kami depart from LCCT lebih kurang pkul 7.10am. Time boarding tu, ujan rintik2. Sejuk giler!

 Pandangan sunrise. SubhanAllah. Cantik sungguh!

 Here we are! Itu sebahagian pulau2 di Hong Kong. 

 Arrived di Aeportos de Hong Kong. Ye2 je bahasa aku ni..=__=


Ramai gila bdk2 genH yg join this journey. Bercuti ngn dieorg ni mmg havoc and kiosk giler. ^__^


 Indian food halal di Hong Kong. Tp ape2 pon, Indian food made by Malaysian lgi sedap. 


Setibanya kami di Hong KOng, kami dibawa oleh tourist guide ke Star of Avenue. Tempat ni adalah tempat dimana semua artist2 hongkong meletakkn signature mereka di lantai. Ala2 Hollywood Walk of Fame gitu. 




Yes, cuaca tepi laut sgt2 panas. Panas smpi tahap aku nk pengsan. Baju mmg basah berpeluh sokmo la. Air bkn setakat 4 liter sehari, lebih kurang 6 liter dah aku minum. Yg bestnye, bkn air kosong je, air + teamix. Fuhh.. mmg burn fat la aku. 

Hewhewhew..

Then kami semua bergerak ke taman nelayan kot. Aku xpasti ape name dia sbb time otw nk kesana, tourist guide bercerita ttg kisah tempat yg bakal kami pergi ni, tp disebabkan aku gagal mengawal dan menghalau jin yg bergayut kt mata ni, maka aku pon dibuai mimpi. Tau2 da smpi kt taman nelayan tu. Hehe.

Time tu pon dah msok zohor, so some of us nk buat jamak takdim. Walaupon merantau kt negara yg majority penduduknya bkn beragama islam, tapi tanggungjawab kita as a muslim, wajib dilaksanakan. Well, islam is lifestyle.


Our next destination will be di tepi pantai yg indah~~
THis time, aku decided xnk tdo dlm bus lagi dah. Kesian kt tourist guide tu citer sengsorang. Dah la aku duk depan. And yg x leh blaa nye, tourist guide aku ni, klau sekali pandang mcm uncle Allen. Dah satu bus gelarkan dia uncle Allen. Adoiyaii. Hihihi.

Tourist guide kami name Sharmen a.k.a Uncle allen =__=
 
Sampai je tepi pantai, aku teros pegi public toilet utk amik wuduk dan perform solat. Alhamdulillah, pengalaman bersolat didepan public agak mencabar lagi2 tepi pantai, majority penduduk adalah non-muslim. Kene kuat iman dan perlu khusyuk dalam solat sebab these people mmg x pernah nampak org islam solat. Imagine how eager they are looking at us performing prayer with telekung. Ada tu siap berbikini tgk sblh. Fuhhh! Uji keimanan beb.
Situasi begini hampir sama ketika Islam mula2 sampai di Malacca. Time tu para pedagang Islam berhenti di pelabuhan Malacca utk berdagang dan tiba time solat, para pedagang melakukan solat secara berjemaah. And that time, rakyat Malacca yg kebanyakkn nya bukan Islam, melihat keadaan itu sgt3 pelik. Sama mcm gmbar kat atas tu. Akhirnya, lihatlah penduduk Islam di Malaysia, dan perkara ini boleh diterima seluruh rakyat x kira agama. Islam itu hebat!
 
 Anyway, Islam itu berada disetiap pelusuk dunia. At the end of our journey, we found masjid. MasyaAllah, im so proud to be a muslim. Alhamdulillah finally. (T__T)
 

Kami menginap di L'Hotel di Hong Kong. Menurut tourist guide kami, L'Hotel merupakan hotel 5 stars di Hong Kong. (o__O"). 5 STAR??? Omai jayyy. Agak ternga-nga aku dgr. Excited! Hehehe.

Entrance. Lampu entrance terbuka sndri sbb sensor. Klau ade org, bru menyala. Xde org, dlm 30second, lampu padam.
 

Bath tub yg mengadap pemandangan luar.
 

Bilik air ni xde pintu. So dari katil da boleh nmpk org yg mandi. Awwww. ^__^
 


Haaa! Amazing kan? Bilik kami ni utk 2 org. So aku sebilik ngn Ain. Kami duk tingkat 47. Fuhh, klau nek lif tu memang terdengar kelajuan lif tu. X sampai seminit pon. Rasanya dlm 30saat je tanpa ada pit stop. Laju gila!
 
On the next day, kami menuju ke Hong Kong Disney Land!!! Hoyeeehhh!!!
 

 
Click sini utk tgk lebih banyakkkkkk gambar2 di Disney Land.

Tips utk berada di Disney Land ini ialah jgn lupa bwk air 2 liter. Suhu di sini lebih kurang 31-32 celcius. Kadang boleh mencecah ke 37 celcius. Sgt3 panas smpai aku hampir2 pengsan after 1hour kt sne. Hewhewhew. Memang teramat dasyat la panasnya. Jangan lupa bwk sun block. At this time, apa2 block pon x mujarab kat kulit aku. Still kne sun burn. Naik bus je, bdk2 bus kata, "Wahhh! Muka da kne tinted".. Sedey benor dgr.

Petang tu, kami bergerak ke Macau naik ferry.


Tips utk mereka yg mabuk laut, please ensure dlm mulut oweys ada mint. Gula2 mint atau chewing gum. Atau korang borak ngn org sebelah smpi both mabuk laut. Perjalanan dari Hong Kong ke Macau amik masa 1 jam. Sepet la mata aku nk menunggu azab atas laut ni. Org sblh aku ain, mula2 borak cam biasa. Buat lawak la segala. 30minit later, both da nk mabuk. Senyap till the end. =___=

Alhamdulillah, smpai juga di Macau. Negara yg digelar Las Vegas. At first, my impression towards this country is becoz of its buildings. Design setiap bangunan dia sgt2 pelik dan menarik bila mlm. Byk lampu2 nion dihias disetiap inch bangunan. Sebab tu ianya digelar Las Vegas.

However, for us yg Muslim, sya x galakkan sgt pergi Macau. Sebab every hotel PASTI ada casino. Sebagai seorg Islam, aku frankly speak, there is nothing interesting in Macau unless the view of the buildings. 


 Ini rupa bangunan time siang.
 
  Bangunan yg sama, tpi time malam. Mcm Las Vegas?

 He is happy jln2 time mlm. Btw, time mlm, suhu drop. So kne pkai jacket.


Casino is everywhere.
 
Anyway, di Macau ni pula, kami tinggal di Venetian Hotel. Hotel 7 Star. Omai Jayyyy! Klau kt Hong Kong 5, kt sini 7 Bintang? Hewhewhew!




Ohsemm kan? Kami tinggal di Bella Suite. 
 
At the end of the day, aku mempunyai impian utk bercuti dgn family and husband di hotel2 mewah all over the world. Sebab both of us (aku n tunang) oweys travel luar and dalam negara. Its a great feeling to travel dgn husband tau. Travel dgn kwn2 pon lagi extra seronok! Lagi2 time umur gini. I believe, x ramai teenagers like me, dpt opportunity like this. Klau ada sekali pon, they are supported by parents yg kaya raya. 
Unlike me, travel aku sponsored by me. Alhamdulillah, Allah SWT byk memberi peluang pada aku utk terbang melihat ciptaanNya. Syukur alhamdulillah, dgn peluang ini, aku juga berjumpa dgn bakal suami aku di Bangkok suatu ketika dahulu. See! Jalan2 pon jumpa jodoh. Heheheh.

Persoalannya, kenapa di Bangkok? Kenapa bukan di Malaysia? Btw, bakal suami aku org malaysia ok. Bkn org Thailand. Kami berjumpa di Thailand. 

Menjawab persoalan tu, Allah Maha mengetahui. Telah diaturkan jodoh aku berjumpa dgn si jejaka di Bangkok, dlm training hall, and dlm business yg sama. So, aku bersyukur sgt pada Allah SWT. Apa2 pon, Engkau MAha mengetahui ttg segala hal.