Tuesday, November 19, 2013

Black Forest cake, Bread Crumb pudding, dan Apom Manis a.k.a Apom Telur

Bismillah

Dah lama tak tulis blog. Sekali nak tulis blog, macam tak ada idea pulak. Tapi alhamdulillah, cells otak ligat bersambung antara satu sama lain untuk menghasilkan penulisan ilmiah buat pembaca yang suka membaca. Kalau yang tak suka baca tu, tak ape la. Tengok gambar pon buleh.

Baru-baru ni ada project bakery untuk majlis jamuan akhir tahun. Dari situ bermula tempahan demi tempahan dari pelbagai pihak. Ada yang berkenan dengan roti Challah. Sebutan dia bukan Challah. Tapi Khal-lah. Roti dari timur tengah yang tidak menggunakan gula tapi madu asli.

Malangnye tak ada gambar. Dah siap, teros hantar. Begitu jugak project bakery untuk kek jamuan sekolah, jamuan akhir tahun kelas mengaji, kek hantaran, kek kawin.


Baru-baru ni sempat snap cake Black Forest je. Itupon setelah di-remind by my phone reminder. Ni tempahan dari jamuan kelas mengaji golongan senior. Untuk cake ni, aku guna brown sugar dan gula melaka. Cake tu jadi wangi dan kemanisan dia tidak terlalu manis. Maklumla yang nak makan ni warga senior. Menyahut seruan kerajaan untuk kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Cecece.


Ini pulak bread crumb pudding. Makan dengan fresh cream. Crumb atas rangup, bread pudding lembut dan absolutely kurang manis. Kenapa? Bukan sebab seruan kerajaan, tapi sebab fresh cream tu dah manis. So bila makan dengan pudding, it mixed well in your mouth. Slurrpppp!

Alhamdulillah, so far tak ada complain dari client yang menempah semua ni. As for this evening, aku terasa nak sesuatu yang authentic. Memandangkan lately ni, encik tunang selalu sangat outstation ke Pulau Pinang. Well, penang commonly known as food paradise!

Bila cakap pasal Penang, apa yang hangpa pikir? Nasi kandar. Char Kuey Tiow. Laksa Penang. Mee Udang. Pasembor. Tapi, satu makanan ni yang x semua orang KL pernah terfikir. Haaaa..

Apom Manis.



Kat certain area in Penang, ada stall yang jual apom manis ni. Depa buat dalam belanga dan bakar atas arang. Kewangian manisan ni datang dari telur dan santan. Pengaruh haba dari arang juga boleh menyumbang kepada tahap kewangian manisan ni. This is sooo authentic!

Aku tersangat laa nak makan apom manis ni. So what i did is aku google resepi asal dan buat little alteration on it. Key L style. Tak de arang2. Stove je.




Apom manis versi Key L. Aku tak pernah rase lagi yang dari Penang, tapi papa aku cakap apom ni macam arwah nenek buat. Rase same, lemak from santan and telur. Cuma kat sini aku tambah sedikit parutan kelapa putih dalam bancuhan. Nak bagi rase tekstur kelapa.

At the end of the day, makanan ni sangat popular suatu ketika dahulu di Penang. Dan ianya sungguh authentic.. Love it!!