Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Black Forest cake, Bread Crumb pudding, dan Apom Manis a.k.a Apom Telur

Bismillah

Dah lama tak tulis blog. Sekali nak tulis blog, macam tak ada idea pulak. Tapi alhamdulillah, cells otak ligat bersambung antara satu sama lain untuk menghasilkan penulisan ilmiah buat pembaca yang suka membaca. Kalau yang tak suka baca tu, tak ape la. Tengok gambar pon buleh.

Baru-baru ni ada project bakery untuk majlis jamuan akhir tahun. Dari situ bermula tempahan demi tempahan dari pelbagai pihak. Ada yang berkenan dengan roti Challah. Sebutan dia bukan Challah. Tapi Khal-lah. Roti dari timur tengah yang tidak menggunakan gula tapi madu asli.

Malangnye tak ada gambar. Dah siap, teros hantar. Begitu jugak project bakery untuk kek jamuan sekolah, jamuan akhir tahun kelas mengaji, kek hantaran, kek kawin.


Baru-baru ni sempat snap cake Black Forest je. Itupon setelah di-remind by my phone reminder. Ni tempahan dari jamuan kelas mengaji golongan senior. Untuk cake ni, aku guna brown sugar dan gula melaka. Cake tu jadi wangi dan kemanisan dia tidak terlalu manis. Maklumla yang nak makan ni warga senior. Menyahut seruan kerajaan untuk kurangkan manis dalam makanan, lebihkan manis dalam senyuman. Cecece.


Ini pulak bread crumb pudding. Makan dengan fresh cream. Crumb atas rangup, bread pudding lembut dan absolutely kurang manis. Kenapa? Bukan sebab seruan kerajaan, tapi sebab fresh cream tu dah manis. So bila makan dengan pudding, it mixed well in your mouth. Slurrpppp!

Alhamdulillah, so far tak ada complain dari client yang menempah semua ni. As for this evening, aku terasa nak sesuatu yang authentic. Memandangkan lately ni, encik tunang selalu sangat outstation ke Pulau Pinang. Well, penang commonly known as food paradise!

Bila cakap pasal Penang, apa yang hangpa pikir? Nasi kandar. Char Kuey Tiow. Laksa Penang. Mee Udang. Pasembor. Tapi, satu makanan ni yang x semua orang KL pernah terfikir. Haaaa..

Apom Manis.



Kat certain area in Penang, ada stall yang jual apom manis ni. Depa buat dalam belanga dan bakar atas arang. Kewangian manisan ni datang dari telur dan santan. Pengaruh haba dari arang juga boleh menyumbang kepada tahap kewangian manisan ni. This is sooo authentic!

Aku tersangat laa nak makan apom manis ni. So what i did is aku google resepi asal dan buat little alteration on it. Key L style. Tak de arang2. Stove je.




Apom manis versi Key L. Aku tak pernah rase lagi yang dari Penang, tapi papa aku cakap apom ni macam arwah nenek buat. Rase same, lemak from santan and telur. Cuma kat sini aku tambah sedikit parutan kelapa putih dalam bancuhan. Nak bagi rase tekstur kelapa.

At the end of the day, makanan ni sangat popular suatu ketika dahulu di Penang. Dan ianya sungguh authentic.. Love it!!

Wednesday, March 6, 2013

Spaghetti Bolognese mudah dan berkhasiat!

Bismillah

Hurmm. Malam ni anak tekak terasa nak makan spaghetti bolognese. Although aku tak laa sehebat mana nk memasak ni, but when it turns to spaghetti bolognese, aku memang sangat-sangat cerewet. Nak masak spaghetti ni xdela susah sangat pon, and dalam banyak2 spaghetti yg pernah aku makan diluar, hanya satu je yg super sedap! Which was at damansara. Home made cook. It was cooked by a friends' of mine 4 years ago. That was the best seafood spaghetti i have ever taste!

So, tonite aku nak masak dinner utk family (7 org). Hewhewhew! Super simple yet it need full attention during cooking. Barang-barang nak masak menda ni sangat mudah didapati. Semua dah siap ada dalam tin. Tapi kalau kwn aku dulu tu, dia guna barang fresh. Buat tomato sos sendiri, guna cendawan shitake yg fresh, bukan dalam tin, guna seafood fresh, daun parsley fresh. Semua bahan ni make the sauce full with flavour! Huh, dah mouth watering kot...

Anyway, tak mo citer banyak. Here are the ingredients that I used.

 

Bahan-bahan penting:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 tin besar tomato puree
1 balang paste prego
1 paket san remo (aku pilih angel hair sbb halus)
Olive oil (utk menumis)
Extra virgin olive oil (utk dressing)

Cara nak masak for beginner:

Mula-mula panaskan air sampai mendidih. Bila dah didih, letak 1 sudu garam dan letak 1 paket San Remo.

Then toskan spaghetti. Letak 3 sudu besar Extra Virgin Olive oil utk bagi rasa yg sedap!

Ketepikan dan mula utk masak sos. Letak minyak olive dan tumis bawang besar dan putih.

 Lps bawang dah naik bau, masuk cendawan butang. Saute dalam 3 minit je.

Masukkan daging cincang. Tumis daging cincang smpai semua jus dari daging tadi keluar. Jgn sampai kering pula sbb nanti daging tu rasa cam hampas. We need to keep the juice as it contain tons of flavour.

Last but not least, masukkan tomato puree, prego, garam, black pepper, dan klau ada parsley, boleh letak. Kebetulan parsley kering dah abih. So aku gantikan dgn thyme dan rosemerry. Letak air tu agak2.

Dah pon siap sauce. Senang kan? Aku guna semua bahan yg dh ada dlm dapur mama aku. Kat sini ada few tips yg aku nk share. 

TIPS BERGUNA
  1. Extra virgin olive oil sangat sedap kalau kita buat dressing salad. Flavour yg sgt kuat dari extra virgin olive oil sgt hanya sesuai dimakan mcm tu atau dengan salad. Tak sesuai utk menumis atau buat goreng.
  2. Olive oil medium plak boleh utk stir fry. Kalau nk buat dressing salad pon sedap cuma dia kurang flavour je. 
  3. Light olive oil boleh utk deep fry atau stir fry. Tapi sape je nk gune olive oil utk deep fry kan? Dah laa mahal pastu nk goreng ayam goreng.
  4. Daun rosemerry bertujuan utk menaikkan bau sesuatu masakan yg berdaging. Atau dengan erti kata lain, bau hamis daging kurang la. 

SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday, December 26, 2012

Kuih Ketayap a.k.a Crepe

Bismillah

Rata-rata kalau aku bukak fb, mesti ada yg tayang crepe durian. Wuuuuuu. Doyan tuuu. Memang aku x makan doyan dari kecik lagi. Bukan sebab aku org Key L, cewah. Poyo jerk! Bagi aku, doyan memang king of the fruit. Bukan sebab tekstur buah tu yg ganas, tpi keharuman buah tu memang semerbak. SubhanAllah! Hewhewhew. Sgt luar biasa ciptaan Allah utk kita kan?

Alhamdulillah dgn adanya buah doyan ni, kita sbgai hamba Allah punya akal utk marketing-kan org ramai makan doyan. Dengan akal yg terbatas, maka tercipta la kuih ketayap inti cream and doyan!!!! Or known as Durian Crepe (^___^)v

Dengan berpegangkan prinsip Malaysia BOLEH, maka kita olah resepi asal kuih ketayap kepada crepe modern. Hoooyeeehhh! I like it very much! So creamy and soooo fatty bebeh. Crepe nih dah jadi kegilaan ramai yg sedang melanda remaja dan juga segolongan senior citizen. Dari kuih ketayap yg berinti sira kelapa (3 biji RM1), sudah pon melalui fasa transformasi

On top of that, aku plak dulunya memang x bape minat makan kuih  ketayap, apatah lagi crepe durian. So bila tgk member2 Herbalife mkn crepe doyan, memang tertelan air liur beb! Tpi bila aku nk try msok mulut, bau doyan tu dah terjah lubang idung aku. Dgn sepantas kilat isyarat dihantar dari otak ke tangan utk menolak crepe itu. How sad. (=___=")

Namun, aku jumpe penyelesaiannya!! Ada sorg usahawanita ni buat crepe buah-buahan like stroberi, anggur, kiwi, oreo and peaches! Pucuk dicita ulam mendatang laa beb. Aku teros beli crepe perisa oreo lagi kau. Fuhhhhhh! Memang sedapp giler laa beb! Menjilat jari mkn crepe ni.

And hari ni, aku decided nk buat sendiri crepe. So sesiapa yg nak tau resepi Kuih Ketayap Modern versi Hazlina Halip, moh scroll lagi ke bawah yop.


Bahan2 Kulit Ketayap:

250gm tepung gandum
500ml santan kotak
3 biji telur
Pewarna
 
Cara2:
 
1) Campur kesemua bahan2 tu dlm blender and blend smpai hancur
2) Tapis guna penapis adunan tu supaya smooth like silky
3) Sediakan kuali leper dan oleskan dgn butter
4) Bila dah betul2 panas, kecikkan api and letak 1 senduk adunan. Ratakan bior nipis. Xperlu terbalikkan
5) Buat smpi adunan abih dan biarkan sejuk.
 
Bahan2 filling:
 
1) 200ml whipped cream.
2) 250ml cream cheese
3) Oreo
4) Vanilla essence 
5) 3 sudu teh gula kastor
*klau tgk kt gmbr tu, aku memang da siapkan filling awal2 and simpan dlm fridge.
 
 Bentangkan kulit ketayap yg x bape cantik di belah atas.

Paip kan cream dan letak oreo

 Pastu paip kan lagi cream utk lebih creamy!
 
Lipat and taadaaaa! Gebu and menyelerakan!!!!

Teramatlaaaahhh sedap ketayap modern ni. Tapi jgn lupa, bagi mereka yg on program, this dessert shud be away from u. And for those yg dah maintain berat like me, boleh je makan ketayap ni and make sure mlm before tidor, minum NW formula okeh! Selamat mencuba!!!
 

Wednesday, May 30, 2012

Ulasan Extravaganza: Part finale

Bismillah

Setelah berseronok seronok, tiba mase nya tuk kami belajar cari duit. Biasanya belajar dlm dewan kuliah yg paling ramai pon 100 students dlm satu dewan. But this time, belajar dlm dewan yg memuatkan lebih 20 ribu manusia. Phew phew phew. Tak kira bape usia kita, tp selagi ada semangat nk berubah dan terus belajar, pasti boleh! Minta kt Allah supaya kita senang terima ilmu dan ilmu tu boleh kita manfaatkn tuk masyarakat.

20ribu manusia dari 13 buah negara!

 Dari kiri (Manja and wana dari Johor Bharu, Ain dari KL, and Hanis dari Pahang)
 






Kadang2 aku pon x tau bendera tu dari negara ape. Ape2 pon, ini baru yg dlm hall pertama. Jom teok keadaan overflow room cmne.


 Overflow room pon happening!!!

Doctor Luigi Gratton visit distributors di overflow room. Jeles!

Doctor Luigi mmg tough! Time training ngn doctor Luigi, beliau sgt3 menekankan kebaikan aloevera dlm tuk badan kita. Herbal aloe sgt3 bagos utk penghadaman, bahkan tuk ianya mengandungi pre-biotik yg bgos tuk badan manusia. Jadi kepada consumers herbalife yg masih belom mnom aloevera, cpt2 laa beli aloevera. Rugi giler pada sape yg x lengkapkan program mereka.
Apa2 pon, setelah 2 hari training dgn herbalife, terutama dgn Raquel Cortess, the no 1 distributors in the world was very inspiring. Kisah dia buat herbalife sgt3 berdedikasi. Beliau pon bermula buat herbalife sbb nk ubah kehidupan keluarga and nasib mereka. Sgt3 inspiring dgn cerita beliau smpi aku sendiri xbleh nk gtau how inspired i am listening to her story. Mmg rugi sgt2 pada sape yg decided not to attend.

Apa yg aku dpt dari Extravaganza?

1) Self confident. Aku lebih faham motif datang training herbalife kali ni. Dalam herbalife, setiap hari kita belajar ttg self confident and self development. Apa2 pon yg kita nk, haruslah bermula dgn diri kita sendiri. Klau kita decided utk xnk mencuba, mmg kita xkan tau apa yg kita akn dpt.

Bagi aku, self confident xde dlm silibus pelajaran. Tak kisah apa kos anda amik, mmg xkn ade pelajaran ttg SELF CONFIDENT. Hnya pengalaman dan trainings sahaja boleh membina keyakinan diri.
2) Ability ataupon keupayaan. Menda ni pon aku belajar dari leaders yg dah 5 tahun dlm herbalife. Keupayaan seseorg terletak pada tgn mereka sendiri. Sekali lgi, keputusan amat penting dlm kehidupan. If we want it badly, we will get it insyaAllah.

3) Rohaniah and team work. Dari segi rohani nya, auntie asriah selalu pesan, doa kat Allah byk2 apa yg kita nak. And doa kat Allah supaya diberi kekuatan membuat herbalife ni. Amalina ade gak pesan time group meeting yg kita akan jadi kuat bila berdoa bersama2. Imagine, the whole group united and doa to Allah utk go for next level. MasyaAllah.

4) Maturity. Setiap training yg aku attend membuatkan aku lebih matured dlm membuat keputusan. klau dulu aku buat keputusan sbb org lain suruh aku buat ataupon buat tanpa tujuan. Ada story nya kat sni. Gini sbnrnya...........

       Di pagi yg hening pd rabu pagi, sekitar jam 6.00 pgi. Bus kami baru saje melepasi imigresen mesia and go for Singapore emigration. Time tu hujan lebat giler kat luar. Byk kereta and motor2 memecut kearah yg sama. Aku pon teok je smbil berfikir, awalnya dieorg pergi kerja. Sempat ke solat subuh pagi ni?

     Smpi je imigresen Singapore, aku nmpk motor2 yg tadi tu tgh beratur panjang giler! Nak tunggu giliran tuk dicop. Tunggu dibwh hujan lebat giler dgn keadaan yg mmg sejuk. Fuhh, mmg kental la dieorg. Dlm kotak fikiran aku terlintas

Manusia diberi pilihan dan peluang yg sma. Klau mereka pilih mcm tu, maka kene la redah je. Tp aku sgt3 hairan. Klau mereka terkejar2 dari awal pagi utk tidak lewat msok kerja sbb klau msok lmbt boss marah. kne potong gaji. Tp kenapa mereka x takot pda Allah bila melewat-lewat kan solat. Xtakot ke pahala semakin berkurang?

 
Aku xnk hidup mcm tu. Rezeki tu milik Allah, jdi aku hnya minta pada Allah dan berusaha utk mencarinya tanpa perlu melewatkan solat. Alhamdulillah, keputusan yg aku buat setahun dlu tak sia-sia. Klau org lepasan degree dpt lebih kurang RM1800-Rm2000 sebulan without life. Alhamdulillah, Allah bgi aku lebih dari income degree dan life dgn family. Syukur alhamdulillah...

Thursday, May 24, 2012

Ulasan Extravaganza: Part 2

Bismillah

After pergi Universal Studio on Wednesday, kami check in hotel and tido bagai. Memang letih sbb x cukup air. Singapore sgt panas dibandingkan dgn temperature Mesia especially living in KL. Aku rase KL x lar sepanas SIngapore. Maybe sebab aku dah biasa duk kL, cube tnye local citizen sne, mesti dieorg pon kate ok2 je. Bg aku, mmg berpeloh peloh laa klau berjalan. Bayangkan sepanjang 5 hari aku kt SIngapore, berjalan kaki nk cari kedai halal pon dah berpeluh. Sbb jauh kot kedai mkn tu. Dari Lor 4 Geylang ke Lor 8 Geylang. Balik mkn burn tros kalori. Phewphew

 On the next day, pagi tu kami pergi register utk training. Mengikut pengalaman Extravaganza aku last year, mmg ramai giler!!!! Sampi jer kat registration hall, teok org2 korea dah beratur panjang. Aku ingat grup kiterog la paling awl bertolak. Tp rupernya ada lagi awl dah beratur. Phewphew. Org korea mmg sgt3 suka training herbalife. They are not just like the training, but they LOVE it very much.

But this year, Korea x join the extravaganza kt singapore sbb mereka able to conduct their own extravaganza. Participants mereka sendiri sahaja dah hampir sama dgn Extravaganza Singapore. Mmg dasyat la org2 korea ni. Disebabkan korea xde, kali ni mmg aku terasa awl smpi kt expo. Smpi2 jer, ade laa few groups yg da menunggu, but not as many as last year.

Registration counter blom bukak tp kami tetap bersemangat!! Ain simply the best! Da pandai independent dah. Bgos2. 

 Yg tudung purple dpn skali ni, umur bru 23, income RM11 000. Pheww. Berasap telinga. And yg kt blakang2 tu pon average umur antara 19-23. Tp earning like executive. 

 Kami dah masok registration hall. Wheeeee!!!!!!!!

 Scientist behind the product. Doctor Louis Ignarro. Nobel Prize winner.


 We have the same shake every morning. So peminat Messi, jgn la nk declare korang huge fan of Messi klau kesihatan x mcm Messi. Opss!
 
 Confident in Quality ^_^

 After registration, tros beli merchandise. This year ada pitih la nk beli sbb kawe kerja keras nk kumpul duit beli bare2 ni. :') Everything in Singapore dollar.

Abih jer registration, kami balik ke hotel nicoll geylang. Yg peliknya, aku n ain x reti penat. Petang tu boleh pulak kami merayap ke Orchard road. Nek MRT turun kt Orchard. Citernya gini. Team rudi bru je smpi ptg khamis tu. Meaning hanif and his gang just arrived. Hanif sms me that they will go to Orchard road. So aku n ain decided to go over there. Mmg clueless cmne nk pergi sna but kami ni mmg traveler tegar. Bg aku, selagi local citizen can speak English, no problem for me. Redah je.
Sesampainye aku kt MRT Kallang, dpt sms dari hanif yg dieorg pon nek MRT. Bhahahaha. Jodoh kot. :p
Aku pon ckp ok jumpe kt City Hall. Dari City Hall, tukar train ke Orchard. Smpi jer station Orchard, kami blurr lgi sbb byk escalator. But at that time, Rudi and kak ika yg jdi tour guide. So follow je, smpi kat atas.

The Orchard Road. Lebih kurang mcm BB gak la. And org yg berbalut ni akan remain statik until kita letak SGD1.00 (RM2.40) for single movement.

Jalan2 smpi ke SOmerset, pastu patah balik dgn hampa sbb xde satu pon kedai makan halal yg ditemui. At last, kami beli waffle ice-cream for SGD1.00. Better than nothing. For those yg nk shopping, boleh la dtg ke Orchard road. 
For the next day, aku n ain ke Bugis street. Look for souvenirs. Org ckp kt sne femes like Petaling street. jln2 beli cokelat. Bhahahaha. Jakun betol jumpe cokelat yg made by Malaysia tp xde kat Mesia. Bhahahaa. Tuh yg jakun jer. Anyway, we bought few souvenirs for our parents and siblings. 


The Bugis Street. Barang lebih kurang je harga. Mcm kat mesia 3 RM10. Meraka plak 3 SGD10.

After finish shopping, aku tggu my sister to arrived for her registration.

 Smbil tunggu ekin register, kami men2 ngn Omar. Anak Maryam and tuan Hafiz.

Mlm tu pulak aku n hanif went to have dinner, tp x dpt pon sbb kt Jalan Geylang tu hanya ada 1 je kedai mkn muslim. Imagine the lot shop tu is the center point for Herbalifers to feed their tummy. Mmg ramai bagai. At the same time, both of us ade group meeting dgn leaders. End up, we ate nothing. Balik hotel masing2 and attended group meeting msing2. ^_^
Thats all for today. next entry adalah entry yg sgt penting dalam hidup! Jantung kepada journey ini.

Tuesday, May 22, 2012

Ulasan Extravaganza: Part 1

Bismillah

Alhamdulillah. Finally dah selamat sampai kt tanah air sendiri. Cewah, dgr mcm jauh jer travel. Padahal Singapore je pon. Tp sje nk gebang skit. hahaha. Entry lepas kan, cik kiah sblh rumah cter pasal extravaganza. Punye laa excited benor cik kiah sblh rumah tu. Sampi x tidur mlm memikio kan mcm mane rope nya  extravaganza tu. Here is the exact story ok. But, pada readers yg nk ushar2 ape tu extravaganza, bleh la bce je entry ni. Klau best, maka best la. Klau x rase pape, mmg patut pon sbb anda hanya membaca, tidak melalui pengalaman tu. Omputih ckp,

Experience is the best teacher on earth

The journey begin on tuesday nite. Aku pegi sne bkn nye sorg2 tp dgn team Herbalife yg sgt2 happening and inspiring! Berkumpul kt setiawangsa dlm rumah President Team, Uncle Allen and Auntie Asriah. Mereka ni sgt2 humble, and very inspiring. Walaupon income beratus ribu, tpi mereka x sombong pon. Siap jamu kami nasi lemak before departure. Kenapa mereka buat begitu? Sebab dlm islam, kita WAJIB layan tetamu selama 3 hari. So, kami semua adalah tetamu beliau and beliau sgt3 humble welcoming us to their home. Credit to these lovely parents.

Team Rahmah yg sebahagian gerak same2 ngn kami. Ada lgi yg gerak hari lain.

Kami pon bergerak dari KL lebih kurang pkul 1 pagi waktu tempatan. Since gerak malam, so aku pon siap2 pkai bju tidur. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam tuk smpai ke kota singa tu. Keselesaan amatla penting sepanjang perjalanan tu oke.
Aku x ingat ape kenama tempat ni sbb keadaan yg terlampau sejuk membuatkan sel2 neuron aku gagal bercantum antara satu sama lain. Maka kegagalan itu menyebabkan aku malas nk amik tau ape name tempat ni. Anyway, it still Singapore. (^__^). Kami terus ke destinasi penting iaitu hotel penginapan kami yg terletak di Lor 4 Geylang. Nama hotel tu ialah Nicoll Geylang. Klau naik MRT, turun kt stesen Kallang. Haa, sebut pasal MRT, escalator diorang lain skit speed nya. First time nek escalator mcm nk terlentang ke belakang sbb laju. Memang cpt sgt smpi atas.

After smpi hotel, loading barang2 and tukar2 baju. It time for UNIVERSAL STUDIO!!! Or known as USS. Excitednye aku sbb nk jumpe character2 USS ni. Salunye bace jer entry org pasal USS, but this time, im in! Mmg best!!!!!!!!!!!

Mcm wajib je tangkap gambar dpn globe ni kan? Yela, inilah trade mark USS. 

 Bersama Woody Woodpecker!

Kapal Madagascar yg dibawa oleh 4 penguin tu.

 Kembara didalam perot kapal Madagascar. Best and live!

 The Mummy Return. Wahahahahha! Sgt best! Mcm citer the mummy tu.

 Heehee (n_______n)

 Istana Shrek. Kt dalam tu kami teok 4D drama. Besttt!!

Dlm jurassic park ni, kiteorg naik The Lost World ride. Mmg adventure sbb kita akan nek boat bulat mcm pelampung tu and redah air yg extreme mengganas. Kiteorg decide xnk beli baju hujan like others, sbb nk rase sndiri how adventure the ride is. Cewah.

See. Lenjun ken ain? Hahah, aku pon x pasti nape air kt sne suke terjah ain and pali. Anyway, we had fun and excitement moment!!


Kami lunch di cafe Jurassic Park. Ala2 dlm cter Jurassic Park time bdk kecik 2 org mkn2 kat kafe before dinasor kecik2 tu dtg. Anyway, im having Nasi ayam hainan. Dlm SGD9.90 (RM23.76)

After lunch, we move to next part. The Sci-Fi area. Ade 2 jenis ride, Human, and Cyclon.

 Tadaaaa!!! Adventure!! Bayangkan right after lunch, aku nek menda ni. (@__@)

Tp steady je after nek Human. Cool bebeh. Cewah, padahal after nek human, pegi nek cyclon yg waner biru tu. 2nd time tros surrender. Cpt2 p toilet and @#%*($)..

To be honest, this is the MOST exciting ride ever in USS!!! Best sgt2. Korg patut try this ride first before pegi yg lain.

Bergambar dgn adik beradik bumblebee.

 Cheesy fries SGD5.00 (RM10.80) Sedap sbb cheese dia melimpah ruah. Siap ada topping chopped tomatoes and chopped onion. Thumbs up!

Frankeinstain berdendam. I am not vampire but i do have taring. Bhahah!!!
 
Lovely lady!
 
 End of journey di USS! 

Balik hotel lebih kurang pkul 6ptg gitu. Mmg exhausted tp with teamix and shake, mmg fast recover all the muscle pain and tisu2 yg rosak dek kerana adventures rides in USS. Thanks to Allah sbb izinkan kami semua smpai di USS. Alhamdulillah, segala perbelanjaan aku di USS adalah rezeki yg Allah bgi melalui perniagaan Herbalife.

TIPS Penting!
1) pastikan passport dibawa bersama sepanjang perjalanan. Make sure tak expired.
2) Jika perjalanan amik masa lebih dari 2 jam, lebih baik pakai pakaian yg selesa. Especially midnight journey. Bg yg memakai selendang, xyah lah nk belit2 sgt. Pkai tudung cotton yg sarung je. Janji tutup aurat.
3) Jgn lupa bwk air mineral sepanjang perjalanan di negara org. Sbb air mineral sgt bgos utk elakkn kita dr dehydrated. 
4) Pkai sport shoes and stokin.
5) Pkai sun blok. Sbb cuaca kt Singapore hnya lah Hot, Hotter, and Hottest. 

Ok tu je part one. Ade next part oke. Tggu je next entry sbb aku berada di Singapore selama 5 hari. A lot of stories and excitement!!