Wednesday, May 2, 2012

Ulasan cerita bulan April

Bismillah

Ni cerita bulan April. Semuanya terjadi dlm bulan April. Ade yg best and ada yg challenging. The best part dlm April ialah ada banyak training yg best dan very3 positif trainings. Ade Chairman's club dtg kat Malaysia, ada HOM, ada STS, ada Zero 2 Hero, and STS. Wahhh!! Memang best sgt sebab setiap kali dtg training, aku belajar benda baru dari speaker2 yg berbeza.

Paling best ialah time training di Port Dickson. Zero 2 Hero. Byk ilmu yg aku belajar dari Zero 2 Hero tu. Antaranya:

Pelajaran Pertama: Rancang Perjalanan dgn betol

Ok, rancang perjalanan anda dgn betol. Google ramalan kaji cuaca, ramalan traffic, jadual ktm, dan segalanya lah. Aku ni suka naik public transport klau nk kemana-mana sebab x suke hadap jem. So utk ke PD, aku decide tuk car pooling dgn ain je. Aku plan perjalanan aku nk ke Subang Jaya. Naik Putra ke KL Sentral>KTM Subang jaya>tunggu ain. Timing pon kene pandai bajet jgk. Dari Wangsa Maju ke kLsentral takes around 30minit. KLsentral ke Subang Jaya takes 40minit (itupon klau ktm x delay).

One thing yg aku x plan ialah ramalan cuaca. Ok my mistake sbb ignore this part. Sepanjang perjalanan kami ke PD, hujan x benti2. Nasib ain da tukar 4 tayarnya yg sudah botak itu. Phewww. Unexpected traffic happen when we reached Port Dickson. It takes us around 30minutes to reached Tiara Beach Resort dari entrance PD. Time ni da redha je, xde alternative way yg kami tau.

Pelajaran Kedua: Belajar utk terus bertahan dlm herbalife

Speaker dari indonesia, ibu Rashidah memang best sgt2. Beliau seorg bidan kerajaan di hospital. Suaminya meninggal dunia dan meninggalkan beberapa org cahaya mata (aku lupa sbb part introduction ni terlepas). Klau dulu aku selalu fikir, aku lah antara org yg paling susah kt dunia ni. Aku la paling worst, paling tu, paling ni. Tp tu dlu before aku joined herbalife.

Dlm herbalife, bkn saja kita tambah ilmu, tapi kita bina jati diri yg sgt2 positif. Kalau aku rase dlu aku kurang bersyukur dgn apa yg ada. Mmg silap aku laa kan. Tp sekarang, bila aku fikir aku susah, sbnrnya ada org yg lagi ssh tp sedang berusaha utk ubh hidup mereka. So, aku pon belajar utk mensyukuri and sentiasa berusaha utk jadi lebih baik dan baik dunia akhirat.

Pelajaran Ketiga: Belajar tukar tayar

After party bbq mlm Zero 2 Hero tu, aku sms ain ajak dia pegi beli air. Tp kereta ain kehabisan minyak. So pengajaran kali ini, jgn memilih station minyak time keadaan terdesak. Citernya gini, time jem2 nk msok tiara beach, minyak keta da berkelip2.


Mula2 kami jumpe Caltex. Tp aku ckp,

Alaaa, Caltex laa ain. Camne? Shell xde ke?

Ain jwb: Aku nk terkencing ni.

Mcm x menjawab soklan je aku rase. Kami teragak2 nk msok Caltex. Niat pertama, ain nk lepaskan hajat dia tu. Tp was2, so kami pon teruskan perjalanan. Tutup air-cond, bukak tingkap. Bila jln depan skit, jumpe Mobil. Kali ni aku plak tnya ain,

Emm, ain, Mobil la. Mcm x best je. Shell xde ke? Keta ni boleh jln lgi ke?

Ain jwb: Boleh lagi ni. Shell mesti ada kt dpn tu

Jalan punya jln, da smpi Tiara Beach. Wahhh!! Terus park, register nama, and msok training hall. Lupa semua masalah minyak! So begitu la kisahnya. Dah malam bru teringat keta xde minyak, so aku tepon hanif nk mintak tlg hantar kami ke station minyak nk beli minyak isi dlm botol. Before nk pegi, tayar kereta ameer farhan pulak ada mslh. Xpasti apa mslhnya tp yg aku tau, dieorg nk tukar tayar. Maka aku n ain pon tgk mcm mana si jejaka2 ni tukar tayar. Settle mslh, tros gerak.

Begitula pelajaran2 yg aku dpt depan mata yg sgt2 berharga dlm hidup. Tiada yg lebih berharga selain belajar melalui pengalaman. Full stop.

Praktikal TIME!!!

Minggu lepas pergi follow up customer. First journey ke Mantin, nk tgk request transcript and letter of completion. Next destination ialah UPNM (Universiti Pertahanan Negara Malaysia) dekat sungai besi. New customer! Baru nk kuar kolej, tetibe...............

Poppp! Bunyi mcm tayar pecah. Ok, aku terpijak paku ke? Slow2 benti tepi. X panik cume gelabah je. Tayar da flat abih!!! Dlm fikiran aku,

(Call hanif sbb aritu dia yg tukar tayar ameer)

Time tu, aku tau hanif xde kt KL tp ntah kenapa aku call dia. At the same time, aku ushar je tayar keta yg pancit ni. Konon mcm tau nk buat tp mmg zero knowledge la. Walaupon da tgk cmne org tukar tayar, tpi bila aku nk buat, tgn n minda aku mcm kaku giler! Yg sebenarnya gelabah je. Bile gelabah dh menguasai diri, ape pon x pandai. Next time jgn gelabah!
Tahan laa org tuk minta bantuan tukar tyr. Alhamdulillah, settle masalah tayar. Segala appointment aku ganjakkan. Sempat sms kt new customer yg aku dtg lmbt sbb tayar pancit. Customer dekat Saujana Utama pon aku sms gak, bg reason yg sme. Alhamdulillah, my customers understand my situation dan tunggu aku. Tenkiu Allah, tenkiu my customers.

TIPS:
1)Tip yg paling penting disini ialah belajar kawal kadar kegelabahan anda walau apa jua keadaan.
2) Fikir rasional skit, telefon mekanik dlu bru telefon org2 tersayang.
3) Klau minta bantuan org tepi jln, especially yg nk bantu kita tu naik kenderaan, catat no plate kenderaan mereka. In case ape2 terjadi.
4) Sms pada org tersayang no plate kenderaan "Ni no plate org yg bantu sya. Anything happen to me, show this msg to police".
5) Doa byk2 kt Allah semoga agar terpelihara dari hasad dengki manusia

Ok tu je kisah the avenger aku! Nantikan kisah EXTRAVAGANZA Singapore dari kami!! Rugi sape yg nk tggu entri next aku tanpa join kami. Bace je x best. Alami sendiri baru best!