Thursday, November 29, 2012

Mukmin yg Kuat!

Bismillah

Pernah dengar lagu Raihan tajuk Demi Masa. Ini liriknya

Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan…
Yang beriman dan beramal saleh
Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa..
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan..
Yang beriman dan beramal saleh
Disebalik lagu ni, ada mesej yg nak disampaikan sebenarnya. Jika kita tafsir setiap perenggan yg ada tu, lagu tu memberi kita keinsafan dan mengingatkan kita utk sentiasa bersyukur. Dekat sini, aku bkn nk kupas maksud lirik tu, tpi nk share sedikit ilmu yg aku baru dapat.
Kenapa kita disuruh beringat sebelum terkena? Ada pepatah melayu kata Sediakan payung sebelum hujan. 
1) Sihat Sebelum Sakit
     Kita sebagai umat Islam, amat dituntut utk menjaga kesihatan. Kesihatan merangkumi keseluruhan anggota badan. Apakah faktor UTAMA yg mempengaruhi kesihatan kita???

Jawapannya adalah makanan. Yes bebeh, FOODS. We are what we eat. Sebagai mukmin, hendaklah kita memandang berat tentang apa yg kita suap kedalam badan kita sebagaimana dalam al-quran, Firman Allah yg bermaksud:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, 
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan, 
kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
(Surah al-baqarah: 168)

Jika kita lihat masyarakat sekarang terutama di Malaysia. Mereka lebih memahami unsur halal sahaja sedangkan Allah menyuruh kita ambil kedua-duanya, Halal LAGI Baik. Sebagai contoh, kebanyakan org especially time dinner la. Kekadang aku dinner kat luar ngn family. Apa yg membuatkan aku tertarik dgn budaya makan org Malaysia adalah the variety of foodssssssssssssssssss!

Nyum3. Tapi, tak ramai yg ambil berat tentang kebaikan makanan yg kita suap dlm mulut. Contohnya, adakah kita kira berapa byk nutrients terkandung dlm mknn? Dan yg lebih teruk, jika kita cetek ilmu ttg pemakanan yg diamalkn Rasullullah

Nabi cakap, jgn campurkan mknan darat dan laut. Meaning, jgn mkn daging with sotong. Udang with ayam. Atau tomyam campur. Kandungan makanan darat dan laut sgt3 berbeza dari segi ion. Bila dua ion bercampur dlm usus, tu yg buat kita sakit perot, kembung perut, atau perut bunchit!!

Pernah kita bertanya pada pemilik gerai makan,

Kalau saya makan tomyam campur, ada apa2 effect x?

Hohohoh!! Berani kahh?? Confirm TAK ADA org yg PERNAH tanya. Mengapa kita tak pernah ajukan soalan ini pada mereka? Dan klau ada apa2 effect, ada mereka kisah?

Hatta, kita perlu jadi bijak dalam menilai sesuatu berlandaskan al-quran dan sunnah. Bila penyakit sampai, maka kita akan jdi mukmin yg LEMAH! Nak beribadat pon xlarat. Kene pakai kerusi sedangkan umur bru 35tahun. Yes, mmg islam ada RUKHSAH solat, tapi mengapa kita perlu guna RUKHSAH solat sedangkan kita boleh atasinya??

Aku nk bgi sepotong hadith nabi:

Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas;      (Hadith riwayat Muslim)


Jadilah mukmin yg kuat diatas muka bumi ini kerana Allah. Tak salah nak Gemuk, tpi tepuk perut, cek lemak. Klau lemak diperut menyebabkan anda rasa malas nk beribadat, back to al-quran dan sunnah. Cari penyelesaian yg boleh merubah hidup anda!
 
p/s: Bdk kecik ni nama Irfan. Dia minum Herbalife sejak berusia 2 bulan.