Bismillah
Aku baru tolong 2 insan dlm PERKESO jln ampang utk turun berat badan. Alhamdulillah both decided to ubah cara pemakanan yg sihat. Congratulation to yana n yati yg baru nak start lose weight program hari ni. Kita doakan both of them berjaya mengubah kehidupan kepada yg lebih baik.
Memandangkan hari ni hari jumaat, penghulu segala hari. Maka ramai kaum adam pergi menunaikan solat jumaat di masjid-masjid berdekatan. Semasa aku tunggu bus kat Wangsa Maju, ada sebuah scenario yg sukar aku delete dlm kotak ingatan. Klau boleh, time tu rasa mcm nk record je guna camera tapi sayangnya x bawak. Henpon pon xde lah cantik sgt klau rakam video atau tgkap gambar. So yg mampu aku buat ialah gunakan mata utk melihat apa yg berlaku.
Scenario di stesen bus
Jam kt tangan pukul 2.20pm. Kaum adam dah kuar masjid. Nak balik ke tempat kerja masing2 la nampaknya. Same goes to kaum hawa yg pergi mencuci mata di shopping mall terdekat. Maklum lah, arini rehat 3 jam. Cuci mata kt shopping mall pon best jgk kan?
Cuaca memang panas tgh hari ni. Tiba-tiba seorang gadis berlegging dan baju sedikit terdedah di bahagian dada menuju kearah kereta yg diparking berdekatan dengan mall. Kebetulan kereta dia kena block dgn motor. Dan dia dengan berhemahnya pergi kt kedai berdekatan tanya siapa punya motor. Boleh tolong alihkan.
Malangnya, xde sape ngaku. Last2 dia alihkan la sendiri. Bila si gadis ni alihkan motor, tiba-tiba satu suara yg kuat muncul. Aku rasa cam kuat laa sbb aku pon bleh dgr. Datang seorg pakcik berkopiah putih dan berjubah mendekati gadis tu sambil marah2.
Jelas kt telinga aku "Suka2 kau je nk alihkan motor aku! Tak ada adap langsung!! Kau ni kafir ke islam?!"
Aku macam tercengang giler kot dengar statement mcm tu. Jom kita continue. Si gadis ni still lagi ada hormat kat pakcik ni dgn menjawab dia org islam.
Pastu dah alihkan motor, pakcik tu still mongomel tanpa henti.
Moral of the scenario
Jangan suka melabel saudara islam kita kafir tanpa usul periksa. Walaupon kita berpakaian mengikut sunnah nabi, tapi akhlak macam abu jahal, sia-sia sahaja. Walau teruk macam mana pon dia berpakaian, ianya tanggungjawab kita sebagai khalifah, sebagai muslim utk tegur dia secara elok. Bukan dengan cara mengaibkan. Wallahualam.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran pada kita utk menjadi insan yg lebih baik.